Pelakon wanita Indonesia, Nia Ramadhani telah pun selamat melahirkan anak sulungnya iaitu bayi perempuan yang diberi nama Mikhayla Zalindra Bakrie pada 2 Jun lalu.
Nama Nia Ramadhani semakin menjadi kegilaan di kalangan rakyat Malaysia selepas dia berjaya membawa watak dalam drama sinetron Bawang Putih Bawang Merah suatu ketika dahulu.
Itu kerana wataknya yang mengada-ngada dan terlalu kejam kepada Bawang Putih memang benar-benar memberikan kesan yang mendalam kepada penonton-penonton drama itu.
Malah, bentuk badannya yang begitu ‘slim’ dan kurus juga menjadi kegilaan bagi kaum wanita.
Tetapi, selepas melahirkan bayi sulungnya, Nia Ramadhani tidak lagi mempunyai bentuk badan yang kurus dan cantik seperti dahulu.
Kalau difikirkan, memanglah seseorang wanita yang mengandung akan mengalami perubahan bentuk badan ketika proses kehamilan.
Jadi, tidak mustahil bagi diri Nia Ramadhani.
Cuma, yang pastinya, peminat-peminat pelakon wanita itu tentunya terkejut dengan bentuk badan Nia Ramadhani yang baru itu.
Semoga Nia Ramadhani dapat kembalikan berat dan bentuk badannya seperti dahulu supaya dapat berlakon kembali.
sumber :http://celebrities.lintas.me/go/amekaw.com/foto-nia-ramadhani-selepas-melahirkan/